Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum,



Ngeee disebabkan cerita ni best, romatik aku sangup update kat blog aku.
hahaha..jom la kite layan story cite nih..
Drama ini mengesahkan drama terbaru 
dalam slot Akasia ini diapatasikan dari Novel 
"Setia Hingga Hujung Nyawa"
Ditayangkan pada 24December2012 di TV3 
Sehingga episod - 28
Dan aku saje membongkarkan cerita,
sape yang x sabar nk tahu p'hujung jalan cerita ni..
meh baca sinopsis kat bawah...kuikuikui..

Sinopsis dari penulis Novel Fatin Nabila:(copy paste dri FB)
Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Eesalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik , matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18tahun. Zain ulak hensem, caring. Sofia iaitu tunang zain telah melarikan diri ke luar negara saat² majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak dijadikannya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punya cari tup² dia terjumpa dengan Ersalina di rumah haliza. Kiranya cinta pandang pertama untuk di buat menant. Haliza iaitu mama ersalia dan Datin adibah merupakan rakan berpersatuan.Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.

Haliza pula merasakan bagai disorong bantal. Satu rahsia besar disembunyikan oleh haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah seorang anak dikasihi tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr.sofea iaitu Dr peribadi keluarga haliza telah diminta merahsiakan pekara ini dari ersalina dan semua orang. Malu ..Haliza telah menerima lamaran Datin adibah. Ersalina yang tidak tahu apa-apa dan terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, ersalina dengan tak sengaja telah langgar Zain si shopping complex dan dua² terpana melihat keindahan Tuhan..Jeng..jeng..jeng..sudah jatuh cinta ka??

Zain yang sah sebagai suami ersalina amat terkejut melihat gadis yang berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibu mereka mengharapkan kebahagian. Zaindan ersalina mula dengan sebagai kawan dan ersalina follow jer rentak zain walaupun hati berbunga cinta. Salah zain luahkan rasa cinta terhadap ersalina, perkara aib yang disembunyikan oleh haliza terbongkar bila ersalina jatuh dan keguguran. Anak siapakah itu?? Haliza amat takut dengan masa depan ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merasiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, ersalina, haliza dan Dr.sofia cuba sembunyikan rahsia benar ini. Zain berlakon baik dengan ersalina di depan ibubapa mereka. Dibelakang, ersalina dimaki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sedis² ersalina bertahan dan bersabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yang tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima ersalina sebagai isterinya.

Zain ni romantic!!!...tapi badai datang bila zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak zain. Hady iaitu kawan baik zain merasakan lagi zain ditipu oleh salina. Perbualan Hady dan ersalina tentang ersalina yang bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy zain. Hady ini memang mulut tempayan.hahaha.Datin adiba minta zain ceraikan ersalina kerana merasakan keluarha haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan erniza. Ersalina dan zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin adiba bila sejarah hitam zain dan ekin diketahuinya. Zin pernah meniduri ekin waktu mudanya.. Ish² dunia. Datin adibah meminta maaf pada semua pihak kerana cuba pisahkan ersalina dan zain..

Saksikan lakonan dari pelakon² hebat dari malaysia.
Nelydia Sunrose sebagai Elsalina, 
Amar Asyraf sebagai Zain,
 Raja Ema sebagai Heliza,
 Zila Bakarin sebagai Datin Adibah
Sura Sojangi sebagai Sopia,
Hairul Azreen sebagai Ikram,
Talha Harith sebagai Hady,
Cha cha Maembong sebagai Zahra,
Zaryn Min sebagai Emma,
Ryzal Jaafar sebagai Zakwan,
Bea Rasmesan sebagai Dr.suria,
Heryanto sebagai Dato Hafsham,
Hilal Hazman sebagai Bodri,
Sherry Ibrahim sebagai eriza

"Tidak ada insan yang suciyang tidak mempunyai masa lampau...
dan Tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan.."
 Terima Kasih ALLAH..

Nak tgok ulangan pergi ke tonton & you tube..kalu you tube tu mungkin x lengkap..
so mana² la ko pi tgk..hihihi
Link tonton :   www.tonton.com.my 



Dah habis cite k bye..
Cerita cinta:
ashashmaWithLoveAdhaForever
CeritaCintaDatangDari_HATI


Comments

Popular posts from this blog

Ikhtiar untuk hamil

Rawatan susulan : Suntikan Lucrin

Sanrio Hello Kitty Theme Park & Thomas Town, Nusajaya Jb.