Lanjut Beach And Golf Resort, Rompin Pahang.
Assalammualaikum,
Sekian lama tak update blogger rasa macam dekat dua tahun tak update blog.hehehe. Harini rindu pulak nak update.huhu. Okey, harini nak share sikit cerita percutian november,2018 kami di
Lanjut Beach And Golf Resort, Rompin Pahang.
HAHAHAHA nak dekat setahun baru nak update ekkkk. :p
Kami bercuti disini sekeluarga di taja oleh Lanjut Beach Resort. sebabbbbbb masa tu suami ada buat event club honda kat resort lanjut yang lama. Luck kami dapat pekej percuma di resort baru. kami dapat pekej dua hari satu malam. Alhamdulillah rezeki percutian percuma. yeahhh anak-anak paling suka sebab dapat mandi kolam renang.
Reception Lanjut Resort
Sampai-sampai je wahhhhh sis teruja rasa, tempat cantik sangat. sesuai sangat nak honeymoon, nak buat event ke, nak tenangkan diri ke. Memang sesuai untuk keluarga bercuti. Kami dapat bilik biasa je. Dua single bad tapi dihias ngan tuala burung, bunga bagai.. HAHAHA sebab tu suami request tambahan nak pikat hati isteri. cehhhhh beli jiwa nak konvoi pergi thailand katanye. Kena pulak hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7-tahun. Jimat sikit lah kan. alang-alang katanye.
Masuk-masuk bilik je nampak ni.. heee comel
Sampai je sini kami rehat jap, petang jalan-jalan pantai belakang resort. tapi gambar hilang pulak. hukhukhuk. yang ade bape keping gambar je simpan. belakang resort tu ada pantai, boleh mandi pantai boleh mandi kolam, tapi kami pilih mandi kolam je sebab ada anak-anak kan.
Pemandangan yang cantik luar hotel.
Walaupun kami dapat two single bad tapi puas hati sangat. pemandangan yang romantik sis rasa. HAHAHA.Miang ek. Hotel resort kat sini pintu utama leh lalu, pintu dari depan hadap kolam pon boleh lalu, puas hati sangat lah, rasa memang honeymoon sangat kikiki.. nak g lagi boleh..kikiki.. ngade ek dah bagi peha nak betis.
pic anak-anak mandi
Anak-anak dah tak sabar nak mandi terutama marisa, sebab die dah berani mandi kolam dan dah tak takut mandi kolam lagi. kalau tak masa kecik kemain lagi peluk sebab takut.skang dah berani dan mandi ngan kawan kawan baru kat situ. Ada dua kolam, untuk kanak-kanak dan kolam untuk dewasa. okey lah memang sesuai sangat buat bercuti sekeluarga. sis bagi 10 bintang. Waktu malam kami tak buat apa just santai santai dan makan malam je. Rehat anak-anak pon penat mandi kolam.
habis mandi kolam selfie dulu hehe
adik meneroka dalam resort
ibu nak juga selfie hehehe
Thank You En. Suami bawa bercuti,
I LOVE YOU
Last pic kami sekeluarga
Terima kasih juga kepada Lanjut Beach And Golf Resort Rompin Pahang kerana menaja kami bercuti disini.
Kalau ade yang tanya-tanya pekej semalam disini berapa boleh lah korang
google facebook
Lanjut Beach and Golf Resort
atau hubungi
09 - 415 8888
013 - 201 3853
Okey dah habis cerita percutian singkat kami. terima kasih sudi singah baca ya. bye bye
single bed dia bsar x? selesa x utk ank umo 7 dgn 5 thn?
ReplyDelete