Tuesday, 19 March 2013

Ikhtiar untuk hamil

Assalamualaikum
Kepada semua yang sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni.Terima kasih sebab follow..Entry kali ni ikhtiar untuk hamil..Entry agak sensitif sikit untuk dicoretkan dalam blogger aku & terlampau panjang untuk dicoretkan .Tapi aku mahu juga kongsikan pada sesiapa yang sudi follow tentang hidup aku..Sebelum aku memulakan cerita kali nih ada aku terbaca dalam blogger yang aku tak kenali & aku tertarik dengan ayat empunya blogger tu..
"Anak adalah rezeki dari Allah..Sekuat mana kita berusaha, jika belum ditakdirkan memiliki rezeki tersebut..Maka bersabarlah.."
Tersentuh hati aku..Aku redha dengan kententuan Tuhan yang maha Esa..

Pasangan mana yang tak nak anak..Semua pasangan yang berumah tangga semua mahu kan anak & juga aku..Mungkin aku tersentuh hati dan tersentap seketika sekejap jika ada sekelilingku bertanya & bertanya..Jawapan ku hanyalah "senyum dan mendiamkan diri" & ada juga aku menjawab "belum ada rezeki,inyaAllah akan usaha hingga berjaya,doakan lah"..kadang kala aku penat untuk bersua muka dengan mereka² yang terlalu perihatin dengan kehidupan aku..Tapi aku tak boleh lari dengan ujian ini..Aku harus tempuhi semua ini dengan redha..

Memang tak dinafikan memang aku stress dan agak merendah diri dengan pertanyaan orang sekeliling yang tak pernah faham hati aku..Kadang kala saja jer aku jawab main²..Tujuan aku hanya nak happykan hari aku..Disebaliknya hanya Allah yang tahu..Tapi ada juga bila aku jawab main² mereka mendoakan "jangan sampai aku doakan kau tak ada anak"..perghhh..tersentap seketika..dan berdoa didalam hati time tu jua agar doa itu dijauhi dalam hidup aku..Dan ada juga yang tanya "ko memang tak nak anak eh??makan ubat eh??" for what this??.. Kenapa perlu golongan² mereka ini mendoakan aku sebegitu..aku bukan merancang jauh sekali untuk menidakkan rezeki Allah..Dan aku bersabar & bersabar dengan golongan² mereka ni & ketentua ilahi..

Alhamdulilah pada yang mendoakan golongan mereka yang mendoakan dan memberi sokongan kepada aku untuk terus berusaha & berusaha..Hanya Allah yang dapat balas doa² mereka yang mendoakan & beri sokongan pada aku..Thanks beb..Moga yang beri semangat pada aku dimurahkan rezeki jua..Dan disini bukan aku diam tidak berusaha untuk memiliki zuriat..Ikhtiar aku bermula...

Ikhtiar pertama : Berurut
Dalam usia perkahwinan aku selama 7 bulan..Aku pergi berurut kat kampung aku jer..mungkin aku lebih selesa dengan "embah keling" sebab atok ni perempuan.."embah keling" nama samaran memang terkenal dengan urutan orang lepas bersalin,pantang,mengandung,anak² terseliuh ker..aku tak berapa tahu..tapi mak abah aku selalu hantar kami adik beradik ke situ lah kalau nak berurut..So aku berurut dua kali jer dalam sebulan masa tuh.."embah keling" kata peranakan aku jatuh...angkat berat katenya..entah lah..aku tak tahu sangat..embah yang urut..so embah peasan bila pas period buat ngan suami..bia lekat..tapi sampai sekarang masih lum ada rezeki..aku agak kecewa lah..Hampa sangat²..lepas tu aku tak g lagi berurut..tak tahu kenapa..mungkin kecewa..


Ikhtiar kedua: Lomiglow
Lomiglow...mungkin ramai yang tak kenal dengan produk nih..aku pun baru saje tahu dari laman muka buku (facebook) so aku baca testomoni banyak yang berjaya jadinya aku pun cube² lah tapi tak sampai sebulan aku tak dapat teruskan pakai produk nih sebab kulit aku jenis alergic..la ni bru aku tahu aku ni memang jenis kulit alrgic bukan  pada muka jer badan pun algic..Krim ni sapu luaran saje..sapu bahagian bawah pusat..hmmm..pastu aku pi lah klinik dapat ubat gatal² seminggu baru lah elok..sbb merebak seluruh badan..Dan aku tak bagi tahu pun kat sis yang jual produk ni x sesuai ngan aku jadinya aku diamkan diri saje..kecewa lagi kan...




Ikhtiar ketiga : Suplement Shaklee
Mungkin ramai yang tahu & mungkin ramai yang tak tahu produk suplement shaklee ni. Pendapat aku pasal produk ni..sangat bagus..Tujuan aku ambik produk ni untuk Kecantikan & Kesuburan...Tapi hasilnya sangat best giler..Why??nak tahu tak..sebab suplement ni bukan focus pada 1 tujuan jer (fokus kehamilan @ kesuburan)..banyak manfaat..aku baru saja makan suplemenrt ni 2month hasil kesuburan memang lum ada rezeki lagi tapi masalah keputihan aku hilang..Tak macam dulu lah..Dulu kalau pakai pentyliner wanita confirm² ade keputihan setiap hari tapi skang dok lagi..Clearr..terbaikk..Just kekadang bila hari subur tu ada lah kuar..Suplement nih en.suami pun makan so perubahan pada dia apa yang dia bagi tahu kat aku..Muka dia nampak bersih kurang keluar jerawat..& masalah keguguran rambut..Dia sendiri kata bila mandi kebiasaanya rambut dia akan gugur tapi skang dah kurang..amazing kan?? Aku pun selalu keguguran rambut..tapi sekarang kurang sedikit dari biasa..Biasa ambik pic rambut depan ni nampak kulit kepala tapi sekarang rambut dah menutupi kulit kepala tuh..ah..teruja giler mam suplement nih..So tak rugi sedikit pun duit yang kuar kat seplement ni..Cuma mahal sikit jer tok kemampuan kami..Harap suplement ni dapat membantu meambahkan dan meningkatkan kesuburan kami walaupun kami lum ada rezeki sehingga sekarang..




Ikhtiar Keeempat: Pi klinik Perdana Specialist Maternity Centre Taman universiti
Sekian lama  1tahun 3bulan baru nih aku tergerak hati untuk juga pi check ape masalah dalaman aku..Sebab dah terlalu lama untuk mendapat zuriat..Nak tak nak menebalkan diri untuk berjumpa doctor untuk rawatan apa masalah aku sekarang nih masih tak lekat²..Moga penyelesaian masalah dapat ketahui lah...


Perdana Specialist Maternity Center
No. 51 & 52, Jalan Pendidikan 3,
Taman skudai Johor.
No : 07-5216633





Waktu Perundingan :
Sabtu : 9.00 pagi *- 4.30 petang
7.30pagi - 9.00malam
Jumaat: 9.00pagi - 12.30 tengahari

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan
*Pemeriksaan ibu mengandung
*Ultrasound (3D)
*Pap smear dan rawatan tahunan
Maslah kesuburan
Masalah kitaran Haid
Masalah sakit puan
Kemudahan bersalin - termasuk caesarian (24jam)


Ovarian Cyst "saiz 8cm" ovari kiri & kanan yang aku alami.. 


18.03.2013 aku pergi klinik untuk mendapatkan rawatan:
Dan ini hasil yang aku terima bila mendapatkan rawatan di klinik perdana pakar sakit puan..Pembaca blog aku mesti tertanya² "apa benda nih kan?" so aku akan terangkan sekejap lagi  itu pun aku research dari internet dan aku copy saje..Selama berbulan² usaha & tawakal..Tergerak hati untuk check rupa ini lah punca penyebab aku masih tak hamil lagi.."Ovari Cyst" penyebab penghalang / menganggu kesuburan untuk aku hamil..Saiz Ovarian cyst aku alami bersaiz melebihi 8cm..fuhh..aku pun tak tahu pada mulanya..Masa di klinik tu aku pun blur² sbb tak tahu apa cyst nih..balik dari klinik aku research baru lah tahu punca  dan apa itu cyst.Dah lah doctor tu godek² "wa punya" malu mak..ish..nak x nak tebalkan la muka nih..Nasib ade en.suami teman & dah tebas menebas dahulu..hihihi..Dan doctor kata aku kena buat pembedahan buang ovari cyst ni sbb dah 8cm kiri dan kanan ovari aku..Errr...Aku terdiam sbb x tahu nak kata apa...Sedikit menagis dalam hati tapi en.suami masih beri aku semangat & respon positif utuk teruskan apa yang akan berlaku pada diri aku.Dan ini aku sertakan info pesanan para wanita diluar sana harus dan perlu ambil tahu masalah ini untuk tujuan kesihatan anda sendiri.(jangan ambil remeh temeh)

Good info aku nak kongsikan apa itu ovari cyst?:
Ovari cyst biasa dihadapi oleh wanita muda.Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami ovari cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovari cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandugi cecair berada dalam kilang telur ovari.Cecair ini boleh jadi cair seperti air,pekat likat dan adakalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovari cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi.Cyst yang pecah ini dinamakan folicle.Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovari cyst.Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.




Antaranya ialah:
  1. Endometriomas - cyst disebabkan oleh endometriosis.
  2. Polycystic ovari - terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon kecil tertentu yang tinggi dalam darah.


Beberapa jenis ovari cyst yang tidak menggangu kesuburan, antaranya:
  1. Functional cysts- iaitu cyst yang menjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yan menandakan seseorang wanita itu subur.
  2. Cystadenomas- cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari.Jadi ia tidak menggangu kesuburan.
  3. Deemoid cysts - cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi.Ia terlalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak menggangu kesuburan.


Bilakah pembedahan itu perlu:
Pembedahan bukanlha cara rawatan yang mesti dilakukan keatas setiap pesakit.Jadi setiap ovari cyst tidak semestinya dibuang melalu pembedahan.
Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan:
  1. Untuk melakukan biopsy.Jika doktoe menyesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan.
  2. Untuk membuang ovari cyst,jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (e.g sakit perut,ketidak-teraturan kitaran haids etc) dan jika saiz diameternya melebihi 5cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain.
  3. Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovari cyst biasa)telah disahkan sebagai ovari cancer.


Walau tidak semua ovarian cyst dibuang, namun semua kes ovarian cencer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.Bagi ovari cyst yang bukan kancer dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu.Pembedahan akan ditimbangkan jika berlaku pekara-pekara berikut:
  • Ovarian cyst itu berlaku dikedua-dua belah ovari.
  • Ovari cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci)
  • Ovari cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari cyst itu bukan jenis biasa,9function ovari cyst)
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovari dan disamping itu....
  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langung atau 
  • Pesakit telah menopause.
  • Menggunakan pil perancang kehamilan


Walaupun terdapat beberapa kriteria diatas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovari cyst dan menepati kriteria diatas, anda harus dibedah.Ianya bergantung kepada pertimbangkan doktor.Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu.Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan,doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat lebih jelas imej bagi ovari cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovari cancer berdasarkan:
  • Imej CT scan abdomen dan
  • Laporan pathology tisu yang diambil atau
  • Jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kancer ovari atau
  • Wanita itu sudah mengalami menopause atau
  • Saiz ovari cyst itu menjadi kecil walaupun setelah 2-3 kitaran haids
  • Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendianosa sama ada pesakit menghidap pesakit ovari kancer atau tidak.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, 95% dari kes ovarian cyst, adalah pada tahap tidak merbahaya.Ini disebabkan ovarian cyst ni bukan jenis penyakit.Ianya adalah bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita.

Ia boleh berulang
Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari.Teknik ini dinamakan sebagai (cystectomy) ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang terpisah dari ovari.Kesuburan wanita akan kekal.

Namun begitu ketumbuhan ovarian cyst yang baru boleh muncul.Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari disebelah satu lagi ataupun selepas pe,bedahan cycyectomy.Jika wanita itu sudah "lengkap keluarhanya" dan telah menopause, kekadang kala doctor mencadangkan keseluruan ovari dibuang (oophorectomy)

Artikel yang rengkas ini adalah untuk panduan memahami.Bagi seorang doktor yang membuat keputusan,jika masih tidak jelas, bolehlah berhubung dengan doktor yang menjaga anda.

Kepada semua wanita diluarsana yang mengalami cyst, Jangan panik dan terus membuat pembedahan.Minta nasihat dari doktor pakar dan mudah-mudahan artikel sayan ini membantu.

*Artikel dipetik creadit DR.Zubaidi*
Ini pengatahuan yang aku dapat dari artikel..Agak panjang lebar lah..tapi semua para wanita harus ambil tahu.Dan ini kami mengambil keputusan untuk membuang ovari cyst dalam rahim aku untuk kebaikan aku untuk hamil..Tempoh untuk aku mendapat zuriat adalah agak lama sebab untuk menunggu pembedahan pulih.Doktor kata jika kami tidak berjaya kemungkinan akan buat saringan proses IUI..Moga dengan restu doa ibu,abah kedua mentua, kawan² dan juga Allah s.w.t inyaallah kami akan mendapat rezeki itu..
wa allahu a'lam....

Iktiar keempat : Berdoa memohon dariNya
Sehingga kini aku tak jemu² & putus asa berdoa memohon Allah kurniakan rezeki untuk aku dan suami. Susah atau senang, Hanya Dia lah yang akan mengerti dan sentiasa ada disisi & menyayangi kita.

P/s: Entry ini 100% hanya aku lalui dalam perjalan hidup aku sebagai isteri kepada Mohd Adha Bin Milan dan bertujuan untuk berongsi suka dan duka agar aku dapat lepaskan perasaan yang aku alami..Diharap tiada pihak yang salah erti..

"Segala usaha tidak akan berhasil jika tidak dimakbulkan permintaan kita oleh Allah s.w.t..Segala rezeki dan kurniaan hanyalah darinya..wa allahu a'lam.."

Terima Kasih kerana luangkan masa following & baca kisah aku entry kali ni..

salam sayang dariku:
cerita cinta
ashashmaWithLOVEadha
CeritaCintaDatangDari_HATI..


11 comments:

  1. Semoga rezeki tu datang...insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. akak doakan semuanye berjln dgn lancar, ikhtiar lebih bagus dr terus berdiam..berdoa serta tawakal mohon Allah permudahkan, segala yg berlaku ada hikmahnya..semua sudah tertulis kuatkn semangat yg paling penting fikir positive..

    ReplyDelete
  3. Salam..akk simpati dgn mslh yg menimpa adik..sbb akk pun ade cyst endometrosis. .br bln 3lps operations dan ambk ejection lucrin..alhamdulillah skrg doc ckp akk punyer endo dah clear..akk byk bdoa pd allah disamping mggunakan garam mandian as syiffa' sbg ikhtiar kerana garam tu dr bacaan ayat terpilih dan mengurangkan stress serta mengembalikan tenaga yg hlng...alhamdulillah allah maha mendengar..

    ReplyDelete
  4. Salam. nak tumpang tanya. Berapa yeh harga kalau buat ujian kesuburan suami isteri di Perdana Specialist Maternity Centre tu?

    ReplyDelete
  5. salam...bagaimana keadaan anda sekarang...sy juga ada pengalaman seperti anda.tetapi sy telah menjalani pembedahan laraskopi(tak reti nak eja) bg cyst tu..ayat seorng doc pakar puteri berbunyi begini "ONCE U GET MARRIED,U TAKDE ANAK THEN U KNOW Y LAH..TAPI KUASA ALLAH S.WT TAK SIAPA YG TAHU...tiga tahun selepas tu sya berkahwin pada 14-9-2013..mmg kuasa ALLAH S.W.T akhirnya saya hamil..bunting pemain..pada 31-10-2013 saya dapat tau saya hamil 5minggu.padahal tak pernah terlintas dlm pikiran akan mengandung kerana teringat kata2 seorg pakar..So..saya harap saudari jalani dulu pembedahan itu dan teruskan usaha..Insyallah semuanya akan berjalan lancer..

    ReplyDelete
  6. moga ada rezki utk kita...teringin nak zuroat sendiri.Dah nak msuk 10 thn tpi rezki zuriat msih belum kunjung tiba..pelbagai rwtn..kg,moden..hanya mampu bserah pada Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillah.

      ……………………………………………
      IKHTIAR HAMIL!! ATASI MASALAH CYST, FIBROID, HYPERTYROID, PCOS, HAID TIDAK TERATUR, MASALAH KESUBURAN LELAKI DAN WANITA!! DAN LAIN LAIN DENGAN MAKANAN SUNNAH!!
      ……………………………………………
      Sesungguhnya di dalam habbasauda terdapat penawar untuk semua jenis penyakit kecuali MATI. Insha ALLAH.

      JOM IKHTIAR DENGAN MAKANAN SUNNAH!!

      JADIKAN HABBAUDA LISTRA SEBAGAI AMALAN PEMAKANAN SEHARIAN KITA!!

      DIFORMULASIKAN UNTUK MERAWAT MASALAH KESIHATAN DAN KESUBURAN!!

      SELAMAT DAN BERKESAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN!!

      Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
      ……………………………………………………
      (Untuk sebarang pertanyaan sila PM di page kami)

      💻https://www.facebook.com/muslimahcollectionboutique/messages/

      Atau

      📞 📲 📨 0134492503
      📞 📲 📨 0134492503

      #sayajual #sayajualonline #sayajualmakanansunnah #sayajualhabbasauda #sayajualhabbatussauda #ikhtiarhamil #ikhtiarzuriat #makanansunnah #makanansunnahterbaik #cyst #fibroid #COD #puncakalam #giantkotadamansara #garagesales #jualanmurahonline #onlineshopping #murahmurah #bazar #bazarpaknil #bazaarpaknil

      Delete
  7. As salam... hai dear. CYST juga boleh mengecut tapi yang tu kena google la antara ikhtiar yang boleh dilakukan. kawan saya ada CYST 16cm Alhamdulillah GHAIB terus lepas makan 1 produk ni. Apapon semua dengan izin Allah kan? Jom tukar blog dear untuk perkongsian. Saya pon dah kawen nk masuk 3tahuan elum ada rezeki. But raya tahun lepas saya keguguran masa baby 7 minggu. Saya redha bukan rezeki kami.

    ReplyDelete
  8. Salam . Sukar hamil ? Insyallah saya akan bantu anda dari tiada hingga adaa zuriat . Dgn produk yg berkualiti dan berkesan dgn pantas . Halal dan dijamin . Boleh whatsapp saya . 0174174051 . Sukar hamil ? Sakit rahim ? Period tak lawas ? Boleh cari saya . Dh ramaii yg berjayaa . Insyaallah akan terbukti nanti . Amin .

    ReplyDelete
  9. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Berjaya Hamil

    ReplyDelete
  10. Bismillah.

    ……………………………………………
    IKHTIAR HAMIL!! ATASI MASALAH CYST, FIBROID, HYPERTYROID, PCOS, HAID TIDAK TERATUR, MASALAH KESUBURAN LELAKI DAN WANITA!! DAN LAIN LAIN DENGAN MAKANAN SUNNAH!!
    ……………………………………………
    Sesungguhnya di dalam habbasauda terdapat penawar untuk semua jenis penyakit kecuali MATI. Insha ALLAH.

    JOM IKHTIAR DENGAN MAKANAN SUNNAH!!

    JADIKAN HABBAUDA LISTRA SEBAGAI AMALAN PEMAKANAN SEHARIAN KITA!!

    DIFORMULASIKAN UNTUK MERAWAT MASALAH KESIHATAN DAN KESUBURAN!!

    SELAMAT DAN BERKESAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN!!

    Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
    ……………………………………………………
    (Untuk sebarang pertanyaan sila PM di page kami)

    💻https://www.facebook.com/muslimahcollectionboutique/messages/

    Atau

    📞 📲 📨 0134492503
    📞 📲 📨 0134492503

    #sayajual #sayajualonline #sayajualmakanansunnah #sayajualhabbasauda #sayajualhabbatussauda #ikhtiarhamil #ikhtiarzuriat #makanansunnah #makanansunnahterbaik #cyst #fibroid #COD #puncakalam #giantkotadamansara #garagesales #jualanmurahonline #onlineshopping #murahmurah #bazar #bazarpaknil #bazaarpaknil

    ReplyDelete