Review : Short Vacation Shah Parkland Residence Melaka Homestay

Assalammualaikum..


Cuti akhir tahun sekolah bermula. Mana nak bawa anak-anak bercuti? ok harini aku nak share review sikit short vacation aku. 2hari 1malam. Cuti last minit kakak aku ajak. Aku pon on lah. Baru lepas gaji kan. Ade duit lebih boleh lah ikut. Sebenarnya planing nak ikut suami pergi serdang ade event kereta dia MPS12 tapi pikir-pikir balik dah lama tak holiday ngan anak-anak buah n kakak aku. So aku ambik keputusan aku ikut akak aku pergi holiday ke Shah Parkland Residence Melaka Homestay. 

Pandangan dari tingkat 18 Shah Parkland Resident Melaka Homestay

Fuhhh memang terbaik la peginapan kat sini.Sangat berpuas hati. Apartment homestay ala ala hotel 5 star ada swimmingpool besar untuk dewasa dan kanak-kanak beserta permainan. Bilik ada 3 dan dua bilik air. Ada aircond setiap bilik dan kipas setiap bilik. Ruang tamu pon ada aircond dan kipas. Bilik 2 katil queen dan dua katil single. Ada mesin basuh, iron, tempat masak (kuali, sudip, pingan cawan semua disediakan) ada rice cooker, water heater, peti ais semua lengkap,ada telekung, sejadah , baju renang sewa, ada tuala mandi, ada extra 2 tilam lipat dan toto.Free air meneral. Memang memudahkan bagi ibu2 yang ade anak kecik dan family besar stay bercuti kat sini tau. Ada jacuzzi & sauna, ada gym, playground yang luas, ada game rooms, study room, 2 parking lot, ada 24/7 security guard, ada wifi, ada bbq area. Bagi aku tempat yang sangat cantik, bersih, Boleh repeat lagi akan datang. Aku sharing sikit gambar2 yang ada ya.Sudi2la scrol baca entry aku kali ni. 

















Menarik kan. korang boleh lah bercuti kat sini kalau tak tahu kemana. Dekat pon dekat. Sangat berpuashati. Tuan  empunya apartment ni pon ramah sangat. Jom aku share lagi gambar2 kitaorang mandi pool. Paling seronok marisa lah. Main gelongsor tu sorang2 pon berani. Padahal sebelum ni penakut nak mandi sesorang. Kazen die tak turun lagi nak layan die. Skali die berani mandi sorang pulak. Nampak la die memang suka g sini. Tempat memang sesuai sangat nak pantau. Tempat tak besar. tengok dari jauh pon boleh. Aku tak layan marisa mandi aku tengok dari jauh, biasa la melayan dik amar,  kesejukkan mandi pool. Dik amar dah tak mau mandi lagi, dia pi ajak main plaground pulak n pusing2 kat situ. Kazen2 diorang datang je sambung lagi naik turun gelongsor si marisa tu. Seronok tengok marisa happy.Tunggu dik amar besar sikit baru die berani nak mandi. skang masih takut2. Xpe dulu pon kakak die penakut macam amar. tunggu amar besar sikit. :) Dah jom scroll lagi cerita aku.






















Kami bercuti disini 2hari 1 malam. Hari pertama kami check in pukul 3petang dan check out esok kol 12 tgh ari. Malam pertama kami keluar jalan-jalan bandar melaka, pantai klebang je. Kalau korang nak pergi sini. memang berdekatan dengan klebang 10 minit, jongker walk 7 minit, Aeon/Tesco/ melaka sentral 5 minit, Mahkota parade/ dataran pahlawan 10 minit, Encore melaka 10 minit, Melaka river cruise 5 minit, Menara taming sari 10 minit. Best kan. dekat dekat je sini. Aku memang suka sangat jalan-jalan melaka. Esok nye kami pergi MITC sebab ade karnival Upin Ipin. Fuhhh memang best sangat. Penat dan seronok. Oh ye aku konsi kan sikit price apartment homestay kat sini

SHAH HOMESTAY PARKLAND RESIDENCE MELAKA
Weekday = RM300
Weekend & School Holiday = RM350
Public Holiday = RM400

*🔗 like dan follow page*
▪️https://m.facebook.com/profile.php?id=102945517746923&ref=content_filter 

Whatapp :-
iwal- 0176142722
http://www.wasap.my/60176142722/ShahHomestay@ParklandResidenceMelaka
Isya-0173570838
http://Www.wasap.my/60173570838/ShahHomestay@ParklandResidenceMelaka

Walaupun mula-mula aku rasa mahal tapi tak sebenarnya. apartment ni ade 3 bilik, korang boleh pergi  3 family sharing tong tong dok homestay ni. Jimat kan. So korang bleh la planning siap-siap untuk next short vacation korang akan datang.Ok dah dah nak habis cerita ni. 


 



Ape-ape pon terima kasih akak aku dan keluarga dia ajak aku bercuti ke melaka, marisa amar n aku seronok sangat. Lain kali ade rezeki kita planning lagi ya. Dan terima kasih belanja makan 2hari 1malam kat melaka ni dan tiket upin ipin. moga akak aku dan suaminya dimurahkan rezeki. amin



Last skali penat terukkkkkk.. semua tsandorrr penat sangat. Alhamdulillah semua selamat pergi dan balik. Dan terima kasih korang sudi baca entry short vacation aku untuk tahun ini. Moga ade rezeki lagi aku sharing review ya. daaa bye.


Ashashma_withLove ADHA
CeritaCINTA_datangDari_HATI









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikhtiar untuk hamil

Sanrio Hello Kitty Theme Park & Thomas Town, Nusajaya Jb.

Rawatan susulan : Suntikan Lucrin