Luahan Hati...



















Aku akan menangis,
Sepuas hati aku,
Seorang diri.
Untuk hari ini,
Kerana....
Aku mengharapkan,
Hari esok,
Akan lebih baik
Dari semalam....

Kadang-kadang,
Apa yang aku harapkan,
Tak pernah hadir
Dalam hidup aku,
Kenapa?
Aku sendiri
Tak tahu kenapa dan mengapa..

Kadang- kadang juga,
Orang sekeliling aku,
Tak pernah,
Faham dan mengerti,
Perasaan aku,
Malah masih,
Bertanya dan menanya..

Sungguh puas,
Aku memujuk,
Hati aku sendiri,
Agar tidak,
Menitiskan air mata ini..

Sehingga hari ini,
Aku masih mengharapkan,
Kau hadir,
Dalam hidup aku dan sidia...


Nota:
Luahan rasa seorang yang bergelar isteri terlalu mengharap hadirnyanya sinar cahaya hati........

Cerita cinta dari:
ashashmaWithLOVEadha
CeritaCintaDatangDari_HATI



Comments

Popular posts from this blog

Ikhtiar untuk hamil

Rawatan susulan : Suntikan Lucrin

Sanrio Hello Kitty Theme Park & Thomas Town, Nusajaya Jb.